Powered By Blogger

Lagu Sekolah

' No Mahadi No Future ! '

' No Mahadi No Future ! '

SMK Raja Mahadi pada masa kini

Thursday, April 30, 2009 at 11:59 AM
Blok Terbaru di SMKRM



Kata-kata bermakna

Lorong Semarak Kasih


Dataran Wawasan

Sekolam ilmu!


Kantin Sekolah

3 Bendera Gemilang SMKRM

Gelanggang Bola Keranjang
Padang Sekolah










Info SMKRM

at 11:21 AM


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.



FALSAFAH SMKRM

Mendidik individu di SMKRM menjadi warganegara yang berdisiplin, berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia untuk memenuhi aspirasi Negara selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan Negara. Mendidik individu di SMKRM dengan menggunakan segala kemudahan secara adil dan mempertingkatkan prestasi kualitatif pelajaran serta memberi peluang kepada mereka menerokai ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi dan mencabar. Membimbing mereka agar boleh berdikari dengan menerap nilai kepimpinan melalui teladan. Membimbing mereka untuk membina budaya SMKRM yang sesuai dengan kehendak masyarakat, Negara dan agama.



OBJEKTIF SMKRM


* MEMDIDIK KE ARAH PERKEMBANGAN EMOSI, INTELEK DAN ROHANI BAGI MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG SAHSIAH, AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM.
* MEMDIDIK KE ARAH WARGA YANG BERMINAT, BERPENGETAHUAN DAN BERKEMAHIRAN DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
* MEWUJUDKAN WARGA YANG MEMBINA DAN MENGHAYATI BUDAYA SMKRM SELARAS DENGAN BUDAYA MALAYSIA
* MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
* MEMBINA KESEPAKATAN DENGAN KERJA BERPASUKAN DALAM SISTEM PENGURUSAN YANG BERKESAN.



MATLAMAT SMKRM

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN AGAR BERWIBAWA DAN BERKUALITI BAGI MEMENUHI KEPERLUAN TENAGA NEGARA


MISI SMKRM

MEMPERKASAKAN MODAL INSAN SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU MELALUI PENDIDIKAN YANG PROGRESIF DAN DINAMIK


VISI SMKRM

SMKRM MELAHIRKAN MODAL INSAN BERILMU DAB BERBUDI UNTUK MENJADI SEKOLAH GEMILANG MEHJELANG 2015



Pengetua Sekolah

at 11:15 AM


Nama : En. Muhamad Hamin b. Dorani


Tarikh Lahir : 7 March 1955


Tempat Lahir : Sijangkang, Banting


Minat : Photography, Melirik Lagu, Menternak


Tahap Pendidikan : B.A Hons, Universiti Malaya( 1978 ),diploma pendidikan bahasa melayu dan sejarah ( 1979 )


Tarikh Mula Mengajar : 7 Januari 1980


Sekolah Yang Pernah Beliau Berkhidmat : Smk Lasalle, Smk Pulau Lumut, Smk Raja Zarina, Smk Dato Hamzah, Smk Kampung Jawa


Tarikh Berkhidmat di SMKRM : Febuari 2004


Sumbangan Beliau Terhaday Sekolah : meningkatkan disiplin, meningkatkan prestasi akademik, meningkatkan keceriaan dan pembinaan dewan


Sumbangan Kepada Masyarakat : Ahli Surau Ubudiah, Pusat Perlindungan, Ahli Kebajikan Wanita dan Ibu Tunggal, Ahli Kebajikan Baitul Rahman


Nama Isteri : Pn. Asiah bt Parmin


Nama Anak: Al-Reza Asham, Al-Azaasham, Nur Aiza Asham, Nur Azwa Asham

Sejarah SMKRM

at 11:03 AM



SEJARAH SEKOLAH

Proses pembinaan bangunan sekolah yang terdiri daripada dua blok, tiga tingkat bermula sejak 1980. Pembinaan sekolah ini disiapkan pada 2 Januari 1982. Nama yang diberikan kepada sekolah ini ialah Sekolah Menengah Taman Goodwood. Pada 5 April, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato’ Mohd Khalil, telah merasmikan sekolah ini. Nama baru yang diberikan adalah Sekolah Menengah Raja Mahadi. Sekolah ini mengambil nama sempena Raja Mahadi bin Raja Sulaiman iaitu salah seorang kerabat diraja Selangor, yang juga seorang pahlawan yang memainkan peranan penting dalam Perang Saudara di Selangor di Selangor antara tahun 1867 hingga 1874.


Perkembangan Sekolah


Pada tahun 1982 enrolmen pelajar berjumlah 143 orang walaupun sekolah mengandungi 16 buah bilik darjah. Kekurangan dan kurang galakan dan keyakinan daripada orang ramai kepada kemampuan sekolah memberikan pendidikan bermutu. Disebabkan oleh perkembangan taman-taman perumahan baru di sekitar sekolah seperti Taman Sri Andalas dan Sri Sentosa, bilangan pelajar yang masuk sekolah ini bertambah. Menjelang tahun 1992, jumlah pelajarnya ialah 1972 orang. Sekolah-sekolah yang menjadi “feeder” kepada sekolah ini ialah SRK Klang Jaya, SK Jalan Kebun, SK Bukit Naga dan SRJK(T) Simpang Lima.

Pada awal sekolah dibuka, bilangan kelas adalah 6 buah sahaja iaitu 2 buah kelas tingkatan peralihan dan 4 buah kelas tingkatan satu. Mata pelajaran pilihan yangg ditawarkan adalah perdagangan. Mulai
tahun 1985, tingkatan 4 sastera dan perdagangan diadakan dan bilangan kelasa bertambah. Pada awal tahun 1989, jumlahnya ialah 36 buah kelas. Oleh kerana terlalu banyak kelas, sekolah terpaksa diadakan dalam dua sesi. Dua sesi ini dimulakan pada tahun 1985. Tingkatan 4 Sains dimulakan di sekolah ini pada tahun 1990.




Peristiwa Yang Penting

Lagu sekolah telah dicipta oleh En. Azizi bin Abdul Rahman, bekas pelajar sekolah ini yang menuntut di ITM dalam jurusan muzik. Liriknya pula telah ditulis oleh Tuan Haji Baharum bin Mattan, pengetua sekolah pada ketika itu. Lagu ini dengan rasminya diperdengarkan dalam upacara Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada bulan November 1988.


TOKOH SEKOLAH
Raja Mahadi


Raja Mahadi ialah anak saudara kepada Sultan Abdul Samad. Setelah disingkir mewarisi jawatan bapanya, Raja Sulaiman orang besar Klang yang meninggal dunia dalam tahun 1854, maka Raja Mahadi walaupun terasa tersinggung, terpaksa patuh kepada keputusan Sultan Muhamad. Raja Mahadi kemudian menjadi seorang saudagar. Dalam lapangan perdagangan ini, dia telah berhubung dengan saudagar-saudagar di negeri-negeri Selat, terutama sekali di Melaka. Raja Mahadi juga seringkali pergi ke Singapura kerana membeli barang-barang dagangan untuk dijual di Klang. Pada masa ini, terdapat kekecohan yang diakibatkan oleh anak-anak raja yang merasa diri mereka teraniaya, dan tidak mendapat pembahagian cukai yang adil, hanya menunggu munculnya seorang pemimpin yang akan memulihkan apa yang dikatakan hak mereka itu.

Di saat yang genting ini, Raja Mahadi tampil ke hadapan sebagai pemimpin setelah barang-barang dagangannya dirampas oleh pemungut-pemungut cukai Raja Abdullah. Azam Raja Mahadi hendak mengusir Raja Abdullah dari Klang mendapat sokongan kuat dari anak-anak raja, dan juga orang-orang Sumatera. Dalam masa beberapa hari sahaja telah terkumpul satu pasukan bersenjata yang besar lalu mencetuskan Perang Saudara pada tahun 1866. Klang dengan mudah jatuh ke tangan Raja Mahadi. Raja Mahadi menguasai Klang selama 3 tahun dari tahun 1867 hingga 1870. Kuasanya menjalar luas hingga ke kawasan-kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Petaling, Ampang dan Kanching.



Cogan Kata Sekolah

at 10:49 AM


ILMU KUNCI KEHIDUPAN

Cogan kata ini terbit daripada keyakinan kami para pendidik di SM Raja Mahadi terhadap kepentingan ilmu dalam mencorakkan pemikiran dan sahsiah seseorang individu.

Adalah menjadi kepercayaan kami bahawa proses pembentukan seorang insan yang matang, trampil dan mendukung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan Timur tidak mungkin dapat dilahirkan tanpa ilmu pengetahuan.

Bertentangan dengan pendapat umum yang beranggapan bahawa ilmu merupakan kunci untuk mencapai pelbagai kejayaan material, kami di sekolah ini pula mempunyai pegangan bahawa ilmu, yang merupakan gabungan pengetahuan duniawi dan bersifat falsafah/ rohaniah memegang peranan yang jauh lebih besar lagi yakni “melahirkan seorang insan yang dapat mendukung aspirasi negara serta dapat menjalani hidup yang bahagia dan memberikan sumbangan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.”

Lencana dan Bendera Sekolah

at 10:21 AM


WARNA LENCANA/BENDERA


> HIJAU : KEDAMAIAN
> PUTIH : KESUCIAN
> KUNING : KEDAULATAN


LAMBANG


> ANAK KUNCI : PEMBUKA ILMU PENGETAHUAN
> ANAK TANGGA : MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN
> BUKU : KHAZANAH ILMU
> LILIN : GURU YANG MENDIDIK ANAK BANGSA
> ALATAN SAINS : ERA KEMAJUAN SAINS & TEKNOLOGI
IDEA : TUAN HJ. ALIAS b. HJ. YASSIN
CIPTAAN : SAUDARA ALIRY b. HJ ALIAS


MOTO


ILMU KUNCI KEHIDUPAN





Lagu Sekolah

at 10:21 AM
KAMI CINTAI PADA MU
KAMU SANJUNGI JASA MU
KAMI CINTAI PADA MU
S M K R M

ILMU KUNCI KEHIDUPAN
BAKTI GURU DALAM KENANGAN
TANPA JEMU MEMBERI ASUHAN
MENJAYAKAN MATLAMAT
PENDIDIKAN

BELAJAR BERMAIN BERSAMA
TEGUH TEKAD MURNI CINTA
BERAZAM DAN JUGA BERUSAHA
BERSENDIKAN RUKUNNEGARA

KAMI BERIKRAR DAN BERSETIA
BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERJASA
PADA AGAMA, BANGSA, DAN
NEGARA

Badan Pengawas Sekolah

at 10:12 AM

Ketua Pengawas:Thanes Kumar a/l Selvarajan

Penolong Ketua Pengawas: Tammy Anne Gonsalvez

Setiausaha: Farhana binti Othman

Penolong Setiausaha 1: Nur Izzatul

Penolong Setiausaha 2: Vicneswari

Bendahari: Ang Shiuh Sen

Penolong Bendahari 1: Seow Hui Yean

Penolong Bendahari 2: Gabriel Tan Jo Yi

AJK Hal Ehwal Murid: S.Thayaaparan

Penolong AJK Hal Ehwal Murid: Nurul Atikah

AJK Perhimpunan Dan Keceriaan: Leticia Yeoh Pei Tze

Penolong AJK Perhimpunan Dan Keceriaan: Coreen Thevi Ann

AJK Keselamatan: Kubendran

Penolong AJK Keselamatan: Levi

AJk Kantin: S.Tinesh Nair

Penolong AJk Kantin 1: Zuhair bin Johari

Penolong AJk Kantin 2: Yamuna

Ketua Kumpulan 1: Sharelina a/p Sammy Kannan

Penolong Ketua Kumpulan 1: Mason Yap Kok Shien

Ketua Kumpulan 2: Nicholas Ross Rodigme

Penolong Ketua Kumpulan 2: Sangeetha

Ketua Kumpulan 3: Felicity Janet Pereira

Penolong Ketua Kumpulan 3: Lem Xiang Chee

Ketua Kumpulan 4: Sherran Raj

Penolong Ketua Kumpulan 4: Sagunthala








Badan Pengawas Pusat Sumber

at 10:05 AM
Pengerusi : Vivek Menon

Timbalan Pengerusi : Jerald Choi

Naib Pengerusi : Low Pau Yeng

Setiausaha : Devi Nallapan

P. Setiausaha : Parvintharan

Bendahari : Jolyn Choi

P. Bendahari : Liew Kim Sheng

Ketua Keceriaan : Prateeba

P. K. Keceriaan : Satish

Ketua Disiplin : Lim Ching Ai

P. Ketua Disiplin : Teh Tze Yang

Ketua Kebersihan : Thivyamathi

P. Ketua Kebersihan : Ng Xin Ruo

Ketua Peralatan : Teh Canyal

P. Ketua Peralatan : Vijay Nair

Ketua Bengkel : Low Yee Yeng

P. ketua Bengkel : Vinusha

Ketua SAL : Dickson Tio

P. Ketua SAL : Poorani

Ketua Automasi : Thiwagar

P. Ketua Automasi : Lim Sze Chern

Ketua Banci Bacaan : Tey Joo Wen

P. Ketua Banci Bacaan : Divya Jane

Ketua Kad Pinjaman : Atikah

P. Ketua Kad Pinjaman : Tan Shin May

Ketua Audio : Maheswaran

P. Ketua Audio : Ang Teck Chai

Ketua BBM : Gayathri

P. Ketua BBM : Jeevan Raj

AJK Tingkatan 5 : Yau Soon Yuin

AJK Tingkatan 4 : Satiswaran Nair

AJK Tingkatan 3 : Kavitha Nair

AJK Tingkatan 2 : Thivandran

Unit Pengurusan & Pentadbiran Sekolah

at 10:00 AM
Unit Pengurusan & Pentadbiran Sekolah

1. Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran
2. Jawatankuasa Kewangan
3. Jawatankuasa Disiplin & Tatatertib
4. Jawatankuasa Data
5. Jawatankuasa Pembangunan ICT
6. Jawatankuasa Dokumentasi & Buletin
7. Jawatankuasa Pembangunan Moral Insan Warga SMKRM
8. Jawatankuasa Pengurusan Aset
9. Jawatankuasa 3K ( Keselamatan, Kesihatan, Keceriaan)
10. Jawatankuasa RIMUP
11. Jawatankuasa PPSMI
12. Jawatankuasa Nilam
13. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi
14. Jawatankuasa PIBG

Unit Kurikulum

1. Jawatankuasa Kurikulum
2. Bidang Bahasa
3. Bidang Sains & Matematik
4. Bidang Teknik & Vokasional
5. Bidang Kemanusiaan
6. Jawatankuasa Jadual Waktu & Relief
7. Jawatankuasa Peperiksaan
8. Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
9. Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah


1. Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
2. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks
3. Jawatankuasa Biasiswa & Kebajikan
4. Jawatankuasa Kantin
5. Jawatankuasa Kesihatan
6. Jawatankuasa Keselamatan
7. Jawatankuasa Kebersihan
8. Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling
9. Jawatankuasa Disiplin


Unit Ko Kurikulum

1. Jawatankuasa Ko Kurikulum

2. Badan Beruniform
Ø Kadet Polis
Ø Kadet Bomba & Penyelamat
Ø Kadet Remaja Sekolah
Ø Renjer Puteri
Ø Pandu Puteri
Ø Puteri Islam
Ø PBSM
Ø JPA 3
Ø Silat
Ø Taekwando
Ø Pancaragam

3. Persatuan & Kelab
Ø Persatuan B. Melayu & Kebudayaan
Ø Persatuan B. Inggeris
Ø Persatua B. Cina
Ø Persatuan B. Tamil
Ø Persatuan Pelajar Islam
Ø Persatuan Sains & Matematik
Ø Persatuan Sejarah & Geografi
Ø Persatuan KHB
Ø Persatuan Seni Kreatif
Ø Kelab Komputer
Ø Kelab Keusahawanan & Koop
Ø Kelab Pencegahan Jenayah
Ø Kelab Bimbingan & Kerjaya
Ø Kelab Fotografi
Ø Kelab SPBT
Ø Kelab SLAD
Ø Kelab PRS
Ø Kelab Moral & Prihatin
Ø Kelab Rukunegara & Setia

4. Sukan & Permainan
Ø Kelab Olahraga & Merentas Desa
Ø Kelab Bola Sepak
Ø Kelab Hoki
Ø Kelab Badminton
Ø Kelab Sepak Takraw
Ø Kelab Bola Baling
Ø Kelab Bola Jaring
Ø Kelab Memanah
Ø Kelab Catur
Ø Kelab Bola Tampar
Ø Bola Keranjang
Ø Kelab Ping Pong
Ø Kelab Petanq
Ø Kelab Kabaddi

5. Rumah Sukan
Ø Rumah Ungu
Ø Rumah Merah
Ø Rumah Biru
Ø Rumah Kuning
Ø Rumah Hijau

SMKRM Blog | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com