ILMU KUNCI KEHIDUPAN
Cogan kata ini terbit daripada keyakinan kami para pendidik di SM Raja Mahadi terhadap kepentingan ilmu dalam mencorakkan pemikiran dan sahsiah seseorang individu.
Adalah menjadi kepercayaan kami bahawa proses pembentukan seorang insan yang matang, trampil dan mendukung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan Timur tidak mungkin dapat dilahirkan tanpa ilmu pengetahuan.
Bertentangan dengan pendapat umum yang beranggapan bahawa ilmu merupakan kunci untuk mencapai pelbagai kejayaan material, kami di sekolah ini pula mempunyai pegangan bahawa ilmu, yang merupakan gabungan pengetahuan duniawi dan bersifat falsafah/ rohaniah memegang peranan yang jauh lebih besar lagi yakni “melahirkan seorang insan yang dapat mendukung aspirasi negara serta dapat menjalani hidup yang bahagia dan memberikan sumbangan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.”
Lagu Sekolah
' No Mahadi No Future ! '
Cogan Kata Sekolah
Thursday, April 30, 2009
at
10:49 AM
| Posted by
SMKRM Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments