Powered By Blogger

Lagu Sekolah

' No Mahadi No Future ! '

' No Mahadi No Future ! '

Sejarah SMKRM

Thursday, April 30, 2009 at 11:03 AM



SEJARAH SEKOLAH

Proses pembinaan bangunan sekolah yang terdiri daripada dua blok, tiga tingkat bermula sejak 1980. Pembinaan sekolah ini disiapkan pada 2 Januari 1982. Nama yang diberikan kepada sekolah ini ialah Sekolah Menengah Taman Goodwood. Pada 5 April, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato’ Mohd Khalil, telah merasmikan sekolah ini. Nama baru yang diberikan adalah Sekolah Menengah Raja Mahadi. Sekolah ini mengambil nama sempena Raja Mahadi bin Raja Sulaiman iaitu salah seorang kerabat diraja Selangor, yang juga seorang pahlawan yang memainkan peranan penting dalam Perang Saudara di Selangor di Selangor antara tahun 1867 hingga 1874.


Perkembangan Sekolah


Pada tahun 1982 enrolmen pelajar berjumlah 143 orang walaupun sekolah mengandungi 16 buah bilik darjah. Kekurangan dan kurang galakan dan keyakinan daripada orang ramai kepada kemampuan sekolah memberikan pendidikan bermutu. Disebabkan oleh perkembangan taman-taman perumahan baru di sekitar sekolah seperti Taman Sri Andalas dan Sri Sentosa, bilangan pelajar yang masuk sekolah ini bertambah. Menjelang tahun 1992, jumlah pelajarnya ialah 1972 orang. Sekolah-sekolah yang menjadi “feeder” kepada sekolah ini ialah SRK Klang Jaya, SK Jalan Kebun, SK Bukit Naga dan SRJK(T) Simpang Lima.

Pada awal sekolah dibuka, bilangan kelas adalah 6 buah sahaja iaitu 2 buah kelas tingkatan peralihan dan 4 buah kelas tingkatan satu. Mata pelajaran pilihan yangg ditawarkan adalah perdagangan. Mulai
tahun 1985, tingkatan 4 sastera dan perdagangan diadakan dan bilangan kelasa bertambah. Pada awal tahun 1989, jumlahnya ialah 36 buah kelas. Oleh kerana terlalu banyak kelas, sekolah terpaksa diadakan dalam dua sesi. Dua sesi ini dimulakan pada tahun 1985. Tingkatan 4 Sains dimulakan di sekolah ini pada tahun 1990.




Peristiwa Yang Penting

Lagu sekolah telah dicipta oleh En. Azizi bin Abdul Rahman, bekas pelajar sekolah ini yang menuntut di ITM dalam jurusan muzik. Liriknya pula telah ditulis oleh Tuan Haji Baharum bin Mattan, pengetua sekolah pada ketika itu. Lagu ini dengan rasminya diperdengarkan dalam upacara Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada bulan November 1988.


TOKOH SEKOLAH
Raja Mahadi


Raja Mahadi ialah anak saudara kepada Sultan Abdul Samad. Setelah disingkir mewarisi jawatan bapanya, Raja Sulaiman orang besar Klang yang meninggal dunia dalam tahun 1854, maka Raja Mahadi walaupun terasa tersinggung, terpaksa patuh kepada keputusan Sultan Muhamad. Raja Mahadi kemudian menjadi seorang saudagar. Dalam lapangan perdagangan ini, dia telah berhubung dengan saudagar-saudagar di negeri-negeri Selat, terutama sekali di Melaka. Raja Mahadi juga seringkali pergi ke Singapura kerana membeli barang-barang dagangan untuk dijual di Klang. Pada masa ini, terdapat kekecohan yang diakibatkan oleh anak-anak raja yang merasa diri mereka teraniaya, dan tidak mendapat pembahagian cukai yang adil, hanya menunggu munculnya seorang pemimpin yang akan memulihkan apa yang dikatakan hak mereka itu.

Di saat yang genting ini, Raja Mahadi tampil ke hadapan sebagai pemimpin setelah barang-barang dagangannya dirampas oleh pemungut-pemungut cukai Raja Abdullah. Azam Raja Mahadi hendak mengusir Raja Abdullah dari Klang mendapat sokongan kuat dari anak-anak raja, dan juga orang-orang Sumatera. Dalam masa beberapa hari sahaja telah terkumpul satu pasukan bersenjata yang besar lalu mencetuskan Perang Saudara pada tahun 1866. Klang dengan mudah jatuh ke tangan Raja Mahadi. Raja Mahadi menguasai Klang selama 3 tahun dari tahun 1867 hingga 1870. Kuasanya menjalar luas hingga ke kawasan-kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Petaling, Ampang dan Kanching.



0 comments

Post a Comment

SMKRM Blog | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com